FREE SHIPPING AROUND TAIPING AREA !!!
icon-search
icon-search
DELIVERY IN 48 HOURS

Tepung Gandum Faiza.Faiza Wheat Flour.1kg

RM 4.60
Tepung Gandum Faiza.Faiza Wheat Flour.1kg Ratings: 0 - 0 votes
- +
icon-cart Add to Cart
Home

Tepung gandum faiza bebas Benzoyl Peroxide.di bawah ini ada sedikit info berkenaan Benzoyl Peroxide.

Benzoyl Peroxide adalah :

Bahan toksik

Digunakan dalam ubat merawat jerawat

Bahan penggalak tumor

 Boleh menyebabkan alahan pada kulit

 Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

 Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.


Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.


Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga  mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.


Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah tidak baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.


Saya sebagai seorang yang pernah mengalami “acute gout” sudah masak benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini. Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada. Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai atau piza atau roti putih dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya. Insya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.